Sambutan Maulidur Rasul 2024
Assalamualaikum.
Mummy join pertandingan Binaan Arca Masjid dan Aisyah join pertandingan Melukis Poster sempena sambutan Maulidurrasul 2024 di masjid kawasan perumahan sini.
Masjid Mardhatillah nama diberi.
Interior decor. Dalam ni ada aircond, rak buku dan mimbar. dalam gambar tak nampak pulak.
Plan nak buat kolam bebetul ada air tapi masa dan ilmu tak cukup lagi. Mungkin next pertandingan kita cuba. Haha.
Pandangan sisi kanan.
Pandangan sisi kiri.
Low cost arca ni. Kotak minta kedai runcit terdekat. Nak bayar diorang kata tak payah. Rezeki. Beli 1 lampu kat kedai eco-shop untuk letak dalam masjid. Yang lain guna bahan sedia ada kat rumah.
Kubah masjid ni sebenarnya nak buat bentuk lain tapi tak jadi. Aib betul kejadiannya. Jadi kita buat yang boleh jadi je. Uniknya dia boleh rotate. Mana ada kubah boleh pusing-pusing kan. Haha. Plan untuk pembinaan acra kalini nak ada 3 element (cahaya, benda bergerak dan air).
Cahaya tu senang lah letak lampu je. Benda bergerak tu tetiba dapat idea untuk buat something rotatable. Guna fidget spinner anak punya. Lepastu fikir nak letak bawah masjid bagi masjid boleh pusing. Tapi tak boleh sebab bawah masjid ada lampu dan suis lampu tak boleh kacau. Tu yang letak pusing-pusing tu kat kubah. Jadilah rotatable dome. Element air pulak tak kesampaian. Next project mungkin. Hihi.
Ni semasa proses permarkahan poster dan arca. Jurinya AJK dan jemaah masjid. Arca mummy dapat nombor 2 daripada 5 participants. Poster Aisyah dapat nombor 7 daripada 9 participants. Alhamdulillah.
Comments