Finger Knitting - Pusat Aura Islam - Book Xcess Sunway BigBox
Assalamualaikum.
21 September 2024 bawa anak4 jalan-jalan.
Awal pagi tu hantar Aisyah dan Qisya buat aktiviti. Finger knitting di Pinkyfrog Studio bersama Kak Pinky. Diorang buat mafla.
Dah setel aktiviti finger knitting, pergi makan. Memasing lapar. Mummy dan adik2 dah makan dulu sementara tunggu Aisyah dan Qisya habis aktiviti.
Adik-adik makan dulu.
Lepastu mummy bawa adik-adik ke Mr. Toys. Padahal sebelum tu mummy dah pesan no toys, no cars. Tapi sebab diorang behave makan tadi, mummy nak bagi reward.
Diorang pilih ni.
Suka dapat toys walaupun lima hinggit je hihi.
Masa ni kakak2 dah setel. Ambil kakak dan bawa pergi makan.
Qisya pilih asam pedas.
========================================================
Selesai di Seri Alam, kitorang ke Nusajaya. Pusat Aura Islam nak tengok artifak zaman Rasulullah.
======================================================
Selesai di Pusat Aura Islam, kitorang pergi Sunway BigBox pulak. Nak melawat dan bergambar di Book Xcess pulak. Hihi.
Seronok sangat dapat bawa Aisyah Qisya Yusoff Adam berjalan. Semoga korang ingat memori ni sampai bila-bila.
Comments