Sambutan Maulidur Rasul

Assalamualaikum.

30 September 2023.
Sempena sambutan Maulidur Rasul di surau taman perumahan kitroang, mummy daftar kan Aisyah & Qisya pertandingan pakaian muslimah (tema islamik) dan pertandingan mewarna. Untuk pakaian muslimah ni mummy just buat kan cape veil je untuk Aisyah & Qisya. Baju pakai apa yang ada sahaja. Pada kefahaman mummy, pakaian islamik tak tertumpu kepada jubah dan niqab sahaja. Asalkan menutup aurat. Kalau jubah dan niqab tu lebih kepada tema arabik. Betul tak?

Jadi Aisyah & Qisya tak menang untuk pertandingan ni. Sebab pemenang yang dipilih dari kalangan yang berjubah dan berniqab sahaja. Takde rezeki Aisyah & Qisya.





















Selepas jadi model, ready untuk pertandingan mewarna pula.




Lukisan untuk Qisya (Tahap 1)

Lukisan untuk Aisyah (Tahap 2)

Tekun memasing.



Selesai mewarna, makan-makan pulak. Kelaparan memasing sebab kelam kabut bersiap pagi tadi.


Sementara nak tunggu keputusan untuk semua pertandingan belah petang, kitorang balik dulu kejap. Sekali daddy ajak budak2 ni main air kat luar. Hilang segala muslimah tadi. Haha.

Lepastu mummy tidur dan rupanya keputusan dibuat awal dari jadual.
Kitorang datang walaupun lewat untuk ambil hadiah.
Qisya menang pertandingan mewarna tempat pertama.
Aisyah takde rezeki. 


Bersiap seadanya untuk ambil hadiah di surau. Masa ni memasing dah letih sebab main air tadi.


Tahniah Aisyah & Qisya. Walau apa pun keputusan, mummy bangga dengan Aisyah Qisya sebab dah buat yang terbaik 👍.








Comments

Popular posts from this blog

Aisyah Safiyyah Azzahra

[Di Balik Tabir] Photoshoot Anugerah Cinta

Sambutan Hari Kanak-Kanak (Tema Cerita Rakyat)