Hari Kesihatan Mental Sedunia 2023

Assalamualaikum.

22 October 2023.
Aisyah Qisya join pertandingan mewarna sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia.

Hari Ahad tapi memasing ponteng sekolah.

Breakfast sebelum pertandingan. Risau tak kuat nak pegang kaler kalau perut kosong. Haha.

Lepas mummy setup kan tempat Aisyah Qisya, mummy balik sekejap uruskan anak tumpangan balik sekolah agama.

Lepastu ambil Yusoff & Adam sebab daddy nak pergi kerja.

Mencabar ye angkut Upin Ipin ni.

Hasil warna Qisya. Masa mummy sampai, Qisya dah hantar. Mummy minta izin dengan penganjur nak ambil gambar hasil Qisya. Hasil warna Aisyah mummy lupa nak snap. Sebab Aisyah last minute baru siap. Kelam kabut nak hantar sampai lupa. Sorry Aisyah.

Berpeluh mummy nak handle mereka berdua.

Sementara nak tunggu keputusan pertandingan mewarna, Aisyah & Qisya join aktiviti di booth Hospital Sultan Ibrahim JB. 

Best aktiviti kat sini. Tapi mummy tak dapat join sebab jaga Yusoff & Adam. Selesai task, boleh redeem  gift. Suka diorang. Qisya dapat mug, Aisyah dapat pencil case.

Hasil lukisan Qisya untuk ditampal di board depan booth. 

Ayat motivasi Aisyah untuk ditampal di board depan booth.

Sebelum tu, memasing buat pemeriksaan gigi. Aisyah, Qisya dan Yusoff. Selepas selesai pemeriksaan, dapat gift berus gigi. Suka memasing.

Aisyah & Qisya tak menang pertandingan mewarna. Tapi pengalaman dan kenangan adalah paling berharga 💗.

Balik tu singgah kedai Noko RM2. Yusoff beli set doctor ni.

Doctor in the house. Patient seram tengok airliur doctor meleleh gitu. 

Sekian. Bye. 

 

Comments

Popular posts from this blog

Aisyah Safiyyah Azzahra

[Di Balik Tabir] Photoshoot Anugerah Cinta

Sambutan Hari Kanak-Kanak (Tema Cerita Rakyat)