Monday, 17 February 2014

Pertunangan Pengarah TH MUDA

Assalamualaikum

Entry ini di buat khas untuk the only adik (Bazli) dan bakal adik ipar (Dayah) Bella yang dah selamat bertunang 15 februari lepas. Alhamdulillah syukur sangat segalanya berjalan lancar. Diharapkan hubungan kekal bahagia ke Syurga. 

Dayah ni orang Kedah. Tapi mujurlah Kedah selatan so takdelah jauh sangat. Tapi jauh juga lah. Entah berapa kali tidur, bangun, tidur lagi, bangun lagi. Hihi. Kematu punggung oi. 

Kitorang gerak dari Johor sehari sebelum majlis. Pukul 5 pagi gerak sebab ayah ada kerja kat KL. Meet point kitorang dekat UTM KL sebab Kak Anne dan Abang Norman dari Pahang dan adik dari Ampang. So berkumpul kat situ. Lepas ayah siap kerja baru kitorang mulakan perjalanan ke Kedah. 

Pengarah TH MUDA yang pakai baju biru tu. 

Kakak zuzu menanti atuk siap kerja dengan sabar.

Siapa Aisyah angkat tangan?
Saya! 






Pukul 5 petang kitorang sampai Kedah. Tidur homestay untuk satu malam. Letih, penat, panas, rimas. Semua bercampur aduk. Sampai-sampai je semua orang lepak dan tidur. Makanan kat area homestay ni tersangat lah murah. Makan malam dan sarapan yang dibeli banyak tapi harga still berpatutan.

7 dulang hantaran dari pihak lelaki.

Rombongan dari Johor. Serba purple. Abah sorang je krim. Hihi kitorang sakat abah. Takut bapak Dayah ingat abah calonnya pulak.

Perbincangan sedang berlangsung. Wakil pihak perempuan kelako.

Mak pengantin dan pengantin. Dua-dua cantik.

Alhamdulillah. Selamat menjadi tunang orang.

Moga hubungan yang dibina bahagia ke akhir hayat.

Majlis dibuat simple je tapi cukup bermakna. Dayah cantik sangat. Makeup nipis, outfit terbaik. Suka suka suka. Adik memang dari dulu nak cari perempuan yang sederhana, gigi teratur cantik, pembersih, duduk dekat sawah. Ha tercapai cita-cita dia. Hihi.

Hantaran dari pihak perempuan. Banyak makanan. Satu lagi kreatif betul diorang buat gubahan. 

Bazli dan Dayah.
Akak sayang korang berdua. 

Ok lah bai.
Aisyah dah ehek ehek tu. 

SELAMAT BERTUNANG BAZLI DAN DAYAH.

Sekian.
Terima kasih.









2 comments:

norhidawani mohamed said...

ooo..dah tunang ye..Alhamdulillah. Kawen jemputla kami.hehhe. nway, UTM KL tu, rindu la pulak..dataran ilmu tu tempat bersidai

lieyalatif said...

alhamdulillah...moga kekal hingga ke akhir hayat....

cantik sgt bakal adik ipar tu....redup jek muke die...sejuk mate memandang....mmg cantik...