Friday, 25 October 2013

Alhamdulillah

Assalamualaikum

Alhamdulillah. 
Allah masih membenarkan aku untuk terus bernafas di muka bumi Nya. 
Selama aku hidup, Allah telah meminjamkan semua yang terbaik.
Mama dan ayah yang terbaik.
Adik beradik yang terbaik.
Suami yang terbaik.
Anak yang terbaik.
Keluarga dan keluarga mertua yang terbaik.

Alhamdulillah.
Selama aku hidup, Allah telah melimpahkan rezeki yang mencukupi.
Makan dan pakai sentiasa cukup.
Tak perlu mengemis.
Tak perlu meminta.
Tak perlu berlapar.
Tak perlu tidak berbaju.
Tak perlu berhenti sekolah.

Alhamdulillah.
Banyak yang Engkau telah kurniakan dan pinjamkan kepadaku.
Tetapi...
Aku selalu lalai.
Aku selalu melupaiMu.
Hinanya aku.
Teruknya aku.
Berdosanya aku.
Aku tidak menjadi hambaMu yang terbaik, walaupun Kau memberikan aku segalanya yang terbaik.

Ya Allah.
Terima kasih mengizinkan aku untuk terus hidup.
25 tahun sudah Kau pinjamkan dunia untukku.
Aku berharap, tahun baru ini memberi aku peluang untuk berubah.
Berubah kepada yang lebih baik:
Hamba yang baik.
Isteri yang baik
Anak yang baik.
Mummy yang baik.
Pelajar yang baik.
Pekerja yang baik.
Kawan yang baik.

Ya Allah.
Kau kurniakan rezeki yang halal dan umur yang dipenuhi berkat.
Akhiri hayatku dengan kebaikan.

Amin

:: Hamba yang lemah dan hina ::


4 comments:

KaLer HiDup MaMa said...

selamat mnyambut ulangtahun kelahiran ila. .semoga pnjg umr murah rezeki slalu. .tros happy dsamping kluarga trsayang. . :)

Nur Mardhati Nabila said...

tq kak lin :D

Maszie Fatah said...

I ASKED ALLAH TO..
-make u happy,
make u smile
-guide u safely,
thru every mile
-grant u wealth,
give u health

..and most of all,
GRANT U PARADISE..
HAPPY BIRTHDAY BELLA**^^(....

Nur Mardhati Nabila said...

tq kak ngah :D