Pertandingan Mewarna sempena Hari Wanita (Dun Tiram) 27/7/2025

Assalamualaikum. Pagi Ahad tak dapat nak rilex kat rumah. Mummy bawa diorang join pertandingan mewarna. 2 kategori je untuk Yusoff (5-6 tahun) dan Qisya (7-9 tahun). Syok betul event ni. Dapat kupon breakfast dan lunch. Ada cabutan bertuah lagi. So kitorang dapat 3 set kupon. 2 peserta, 1 ibubapa. Masani malu nak keluarkan alatan mewarna sebab macam-macam jenis kaler dibawa. Orang lain bawa satu dua jenis je. Masa diberi 1 jam. Mummy suruh diorang warna laju-laju. Jangan fikir panjang. Yusoff paling excited bila mummy bagitau ada pertandingan mewarna. Hobi dia. Masa tengah mengadap Yusoff dan Qisya mewarna, ada sesi cabutan bertuah. Dia sebut nombor 47. Mummy buat tak tahu je. Second time dia sebut baru otak berfungsi "eh nombor aku". baru lah kelam kabut cari nombor dan berjalan ke pentas. Rezeki mummy. Alhamdulillah. Sejadah travel dan kain batik. Hasil mewarna Yusoff. Hasil mewarna Qisya mummy lupa nak ambil gambar. Masatu kelam kabut nak hantar. Kitoran...