Posts

Showing posts from 2025

Bukit Tiz X Bukit Lunchu (3/8/2025)

 Assalamualaikum. Alhamdulillah. Berjaya bawa daddy dan anak-anak mencuba hiking, masuk hutan dan menikmati keindahana alam. Terima kasih Allah atas keizinan ini. We did it! Yusoff dan Adam alhamdulillah ok dari mula sampai akhir. Tapi ada juga yang dia ajak balik, ajak keluar (keluar dari hutan). Mummy jawab, ok kejap lagi kita jumpa pintu kat depan, kita keluar ye.  Awal perjalanan dah kecoh. Memasing pegang toys. Kalau tercicir tengah hutan, siapa pulak nak mencari. Mood 2 hero ni nak kena. jaga elok-elok. Perjalanan masih panjang. 

Pertandingan Mewarna sempena Hari Wanita (Dun Tiram) 27/7/2025

Image
Assalamualaikum. Pagi Ahad tak dapat nak rilex kat rumah. Mummy bawa diorang join pertandingan mewarna. 2 kategori je untuk Yusoff (5-6 tahun) dan Qisya (7-9 tahun). Syok betul event ni. Dapat kupon breakfast dan lunch. Ada cabutan bertuah lagi. So kitorang dapat 3 set kupon. 2 peserta, 1 ibubapa. Masani malu nak keluarkan alatan mewarna sebab macam-macam jenis kaler dibawa. Orang lain bawa satu dua jenis je.  Masa diberi 1 jam. Mummy suruh diorang warna laju-laju. Jangan fikir panjang.  Yusoff paling excited bila mummy bagitau ada pertandingan mewarna. Hobi dia. Masa tengah mengadap Yusoff dan Qisya mewarna, ada sesi cabutan bertuah. Dia sebut nombor 47. Mummy buat tak tahu je. Second time dia sebut baru otak berfungsi "eh nombor aku". baru lah kelam kabut cari nombor dan berjalan ke pentas.  Rezeki mummy. Alhamdulillah. Sejadah travel dan kain batik.  Hasil mewarna Yusoff. Hasil mewarna Qisya mummy lupa nak ambil gambar. Masatu kelam kabut nak hantar.  Kitoran...

Hari Sukan 24/7/2025

Image
Assalamualaikum. Pagi ni kelam kabut hantar Aisyah Qisya ke sekolah. Lewat sikit. Diorang kena datang awal sikit dari biasa sebab cikgu nak siapkan diorang.  Aisyah (pembawa sepanduk perbarisan). Qisya (persembahan senamrobik)  Geng senamrobik.  Masani Qisya baru perasan kehadiran mummy. Senyum simpul dia. Malu la tu.  Perbarisan rumah kuning dapat tempat kedua. 

Utopian Titan X di Paradigm Mall (22/7/2025)

Image
 Assalamualaikum. Harini mummy bawa anank-anak ke Utopia Titan X di Paradigm Mall. Harini hari Selasa. Weekdays. Maksudnya apa? Maksudnya diorang ponteng sekolah. Haha. Khamis nanti Hari Sukan. Jadi kat sekolah tak belajar. So mummy ambil kesempatan bawa diorang berjalan.  Plan nak bawa diorang ke indoor playground. Dah lama x bawa diorg main playground. Pilihan pertama nak bawa ke Jump X di Aeon Dato Onn. Tapi playground biasa ni sesuai untuk adik-adik. Kakak-kakak macam dah tak berapa sesuai, nanti diorang bosan pulak. Lepastu mummy google lagi mana nak bawa diorang. Last sekali mummy jumpa Utopia Titan X ni. Mummy rahsiakan dari anak-anak. Tengahari diorang balik dari sekolah, mummy suruh diorang siap-siap. Qisya tanya nak ke mana, mummy jawab, mummy ada kerja, korang kena teman mummy. Ni lokasi. Korang zoom sendiri ye. Tiket RM58/person.  Tapi masani mummy ambil seasonal pass. RM300 untuk 8 entries. Pada hari kejadian guna 5 entries (5 orang).  So berbaki 3 entri...

Gunung Muntahak 19/7/2025

Image
 Assalamualaikum.  Mummy join hiking Gunung Muntahak. First time hiking Gunung Panti Barat tahun 2023. Second time hiking sini. Fuh pancit mummy haha. Tanpa latihan apa-apa. Redah je. Start je dah terus mendaki. Tak bagi salam perkenalan dulu.  Rasa macam nak patah balik tak jadi nak naik. Tapi kena batalkan hasrat sebab nanti kena tinggal sorang-sorang di kaki gunung. Nak masuk ke kaki gunung ni 45minit perjalanan menggunakan 4x4 transport. Ko ghase? Terpaksa teruskan pendakian walau apa pun yang berlaku.  Jalan mendatar dan menurun kaki ok lagi. Boleh laju. Bila mendaki, kaki mummy tak kuat. 5,6 langkah kena stop kejap dan sambung. Begitu lah. Macam dah tua sangat ek. Malu je. Tapi masih ok tak tercicir di belakang. Group kecil je dalam 10 orang.  Jom layan view Gunung Muntahak.  Rinduuuuu. Bukti dah sampai puncak. Tapi puncak takde view cantik pun.  Tenang.  Love. MasyaAllah cantik sangat.  Sejuk sangat.  Sejuk sejuk dapat maggi panas...