Luna Light Wonderland, Pasir Gudang
Assalamualaikum.
18 Julai 2024. Aisyah & Qisya dapat tiket percuma untuk masuk pesta lampu ni. Tinggal bayar entry untuk mummy jelah. Jimat duit mummy. Hihi. Pergi malam weekdays. Aisyah & Qisya agak kepenatan. Dah hujung2 pusingan tu diorang dah tak berapa nak happy sebab penat kaki sakit. Kitorang memang plan nak pergi lewat malam sebab nak elak orang ramai. 10pm baru masuk pesta lampu.
Berehat kejap makan snack. Belengas muka memasing. Panas dan penat.
Dah, jom balik. 12.04am.
Tak sesuai bawa stroller dalam ni. Susah nak bawa jadi mummy tinggalkan kat satu tempat. Dah nak keluar dari situ baru lah ambil stroller.
Comments