Majlis Perpisahan dengan bff Aisyah & Qisya

Assalamualaikum. 30 November 2023 (Khamis). Semalam 29/11 mak kepada bff Aisyah & Qisya maklumkan yang diorang akan berpindah ke Muar. Bersedihlah kami menerima berita ni. Mummy ni senang betul dengan diorang. Rabu dan Khamis mummy request dengan mak Atia untuk hantar dan ambil Atia sekolah agama. Mummy tak boleh banyak cakap dalam kereta sebab sedih. Tahan je airmata tapi meleleh juga lah sebab Aisyah mennagis sedu sedan dalam kereta. Nasib baik mummy pakai sunglass so tak nampak sangat. Atia, Khayla, Qaiser dan Ahsan. Sama dengan anak mummy 2 perempuan 2 lelaki. Kebetulan pula Atia bff Aisyah, Khayla bff Qisya. Mereka sebaya. Syahdu betul rasa. Semua baik, peramah. Berbahasa dengan orang tua. Jadi sebagai kenangan, mummy jemput Atia dan adik-adik datang minum petang kat rumah mummy. Takde apa yang special pun. Semua readymade, mummy potong-potong je. Kek span, marble roll, pear. Potato chip. Claw machine. Terpaling mendapat sambutan. Dari depan kiri: Qisya-Khayla peluk...