Surprise Birthday Nenek 12/7/2025
Assalamualaikum.
Julai bulan birthday nenek (mak mummy). Awal julai dah start bincang kat group adik beradik berkaitan surprise nenek. Last sekali kitorang sebulat suara nak buat pada 12/7, 2 hari sebelum actual date. Birthday nenek 14/7. Kitorang kawtim dengan atok bawa nenek ke marrybrown indahpura, kulai.
12/7 tu ada majlis tunang sepupu kitorang di kluang. Atok nenek ke sana dulu pagi hingga tengahari. Selesai majlis sana atok bagitau nenek ada jemputan di kulai. Nenek agak pelik sebab biasanya any jemputan atau majlis apa-apa nenek akan tahu.
Nenek: Jemputan rumah siapa?
Atok: (dengan selamba jawab) Milah.
Nenek: Milah mana?
Atok: Jamilah Atan.
Milah tu ganti bagi nama Bilah (nama mummy) sebenarnya kata atok hihi.
Mummy dari pasir gudang, kakak dan adik mummy dari kulai. Kitorang semua lewat sampai. Atok nenek dah sampai dulu. Sambil drive, sambil dalam kepala ligat memikir macam mana nak surprise sebab diorang dah sampai.
Rezeki nya kitorang 3 beradik sampai waktu yang sama walaupun dari 3 tempat berbeza. Bila sampai tengok atok nenek dah duduk dalam marrybrown. Tapi diorang menghadap ke dalam. Rezeki lagi. Kalau hadap ke luar, confirm kitorang yang tersurprise. Haha.
1. Birthday lagi 2 hari
2. Nenek mesej mummy tengahari tu tanya mummy ke mana hari cuti. Mummy jawab tak kemana orang coway nak datang service. Padahal coway datang esoknya. Hihi saja mencipta kebohongan.
Rupanya atok nenek lapar tak makan sangat dekat majlis sebelum tu. Tu yang kek pun atok makan. Jarang sekali atok makan kek.
Comments