Pertandingan Mewarna sempena Hari Wanita (Dun Tiram) 27/7/2025
Assalamualaikum.
Pagi Ahad tak dapat nak rilex kat rumah. Mummy bawa diorang join pertandingan mewarna.
2 kategori je untuk Yusoff (5-6 tahun) dan Qisya (7-9 tahun).
Syok betul event ni. Dapat kupon breakfast dan lunch. Ada cabutan bertuah lagi. So kitorang dapat 3 set kupon. 2 peserta, 1 ibubapa.

Masani malu nak keluarkan alatan mewarna sebab macam-macam jenis kaler dibawa. Orang lain bawa satu dua jenis je.
Masa diberi 1 jam. Mummy suruh diorang warna laju-laju. Jangan fikir panjang.
Yusoff paling excited bila mummy bagitau ada pertandingan mewarna. Hobi dia.
Masa tengah mengadap Yusoff dan Qisya mewarna, ada sesi cabutan bertuah. Dia sebut nombor 47. Mummy buat tak tahu je. Second time dia sebut baru otak berfungsi "eh nombor aku". baru lah kelam kabut cari nombor dan berjalan ke pentas.
Rezeki mummy. Alhamdulillah. Sejadah travel dan kain batik.

Hasil mewarna Yusoff. Hasil mewarna Qisya mummy lupa nak ambil gambar. Masatu kelam kabut nak hantar.
Kitorang join sekadar suka-suka. Tak aim untuk menang sebab mummy tahu skill anak mummy paras mana. Seperti selalu lah pemikiran mummy.
Diorang start mewarna 10 pagi. 11 pagi waktu tamat. Lepastu kena tunggu 2 jam untuk pengumuman keputusan. Lama betul. Nasib baik semua behave terutama Yusoff. Kalau diorang tak bertenang, mummy pon boleh jadi kelam kabut.
Masa pengumuman keputusan, nama pertama disebut cina. Mummy cakap hmm macam takde harapan je. Nama kedua ketiga dan kemudia nama keempat disebut Yusoff Zayne Zahrin. Masani kena beratur je dulu untuk standby. Kat pentas ada penyampaian sijil lain. Mummy tengok 5 nama je dipanggil. Dah bangga masa ni. Top 5 dalam genggaman walaupun tak tahu actual nombor.
Sekali rupanya Yusoff dapat tempat kedua dari 20 lebih peserta. Alhamdulillah. Rezeki Yusoff.

Hamper dah hampir sama tinggi dengan pemenang. Masa ni mummy dipanggil naik pentas untuk bawakan hamper tu.
Kemudian kategori seterusnya, kategori Qisya. Pun sama tak expect apa. Tapi rezeki tak salah alamat. Qisya dapat tempat ketiga. Mummy naik pentas sekali lagi angkut hamper.
3x mummy naik pentas harini. Haha. Tahniah Yusoff dan Qisya. Tahniah juga mummy.
Malam nya mummy bawa anak-anak ke taman sebab Yusoff nak main bola yang baru dibeli semalam. Qisya dan Adam main basikal. Aisyah masa ni tak ikut sebab dia tengah buat art. Tinggal dengan daddy.
Balik dari taman, singgah 7E beli aiskrim dan slurpee.
Sekian cerita untuk hari ni.
Sekian cerita untuk hari ni.
Comments