Rimba X Fest at Sireh Park (6/7/2025)
Assalamualaikum.
Harini bawa anak-anak ke Rimba X Fest di Sireh Park. Ada 3 aktiviti mummy dah register untuk anak-anak.
1. Terrarium Workshop (FREE)
2. Henna Workshop (FREE)
3. Batik Painting (RM5)
Aktiviti start 2pm. Gerak dalam 12 lebih gitu. Lepastu sebelum sampai tempat aktiviti, mummy singgah Petronas solat zohor dulu.
Dah sampai gelabah tak tahu kat mana tempat aktiviti. Sireh Park ada Gate A, B so on. Lepastu gelabah takde parking pulak. Jaaaaaauh park kereta. Panas terik pulak tu. Hihi. Tapi mummy drop-off anak-anak di tapak fest dulu. Lepastu mummy cari parking.
First activity, terrarium workshop. Mummy pada awalnya daftarkan 4 nama semua anak mummy. Lepas anak4 dah siap buat, masih ada kekosongan dan masa. Jadi mummy ambil kesempatan untuk buat juga. So balik tu kitorang bawa 5 hasil terrarium. Hihi. Yusoff dan Adam pun enjoy dengan aktiviti ni sambil mummy dan kakak-kakak bantu yang mana diorang tak boleh buat.
Terrarium workshop ni handled by Naug Just Plant Studio. Mummy menganggap ini rezeki kitorang sebab dapat buat terrarium ni secara percuma. Saiz yang kitorang buat ni kalau dari Naug Studio berharga RM75 each.
Ni antara hasil yang kitorang buat.
Lepas dah selesai terrarium workshop, ada gap masa nak start next activity. Jadi mummy hantar 5 terrarium ke kereta dulu. Kereta pulak jauhm panas terik pulak tu. Mummy cakap korang semua tinggal sini kejap. Si Adam pulak buat perangai nak mengekor mummy juga. Lepastu separuh jalan dia cakap kaki dia sakit, perut sakit, tak nak jalan. Ko ghase?
Dia tak tahu ke kita ni berada di bawah terik matahrai, mak dia bila-bila masa boleh bertukar jadi api. So kena lah bebel sepanjang perjalanan nak ke kereta tu. Mak nak dokong dia memang tak. Tangan mak pulak penuh dengan 5 botol terrarium dan botol air.
Dia tak tahu ke kita ni berada di bawah terik matahrai, mak dia bila-bila masa boleh bertukar jadi api. So kena lah bebel sepanjang perjalanan nak ke kereta tu. Mak nak dokong dia memang tak. Tangan mak pulak penuh dengan 5 botol terrarium dan botol air.
Gambar ni mummy ambil masa nak balik semula ke tapak event. Singgah sini sebab nak distrct Adam nak bagi mood dia ok. Alhamdulillah it's work. Mood dia ok masa balik ke khemah event tu.
Memasing bosan tunggu next activity. Waktu lari sebab henna workshop tu lambat start. Rupanya PIC henna workshop tu join terrarium tu juga. Dia join lambat, lambat siap. So henna workshop pun lambat start.
Depan booth activity ni booth apa entah. Tapi ada nerf game. Diorang pelawa anak4 mummy main nerf ni. Walaupun kat rumah ada 3 biji nerf ni, tapi bila jumpa kat luar tetap lah memasing teruja.
Yang si Adam bila mummy suruh stop main, dia tak nak bergerak dari situ. Kakak dan abang da ke booth activity semula. Jadi mummy tebalkan muka minta nak main sekali lagi. Kasi dia tembak sekali je, dia aci. Dengan Adam begitu lah. Kena pandai handle dia. Mummy sorang je boleh sabar dan layan kerenah dia.
Next, henna workshop. Workshop ni mumym daftarkan Aisyah dan Qisya je. Tapi bila mummy tengok tak ramai yang join, mummy pun mneyebok sekali. First time juga lukis henna. Susah nak kawal henna tu. Tapi kitorang enjoy the moment.
Masa ni Yusoff Adam terbiar sebab kitorang fokus kat aktiviti ni. Yusoff Adam main kereta lego diorang, main korek tanah, main batu. Asalkan korang bahagia dan tak buat perangai, mummy ok je. Hihi.
Masa batik dah nak start, alhamdulillah Yusoff totally ok dan excited nak buat batik painting. Mak dah plan tadi kalau dia tak nak buat, mak lah yang akan gantikan. Sebab aktiviti ni mummy dah bayar.
Time ni walaupun memasing dah penat, tapi diorang tetap bersemangat nak siapkan batik memasing. Mummy time ni dah penat + menagntuk. Diorang buat aktiviti bukan mummy boleh rehat relax. Nak kena handle Yusoff Adam atau tolong apa-apa yang patut.
Lagi time batik ni, mummy kena perhatikan Adam. Pewarna tu kongsi kongsi dengan orang lain. Pewarna kuning sensitif sikit. Kena jaga berus, jangan sampai bercampur dengan warna lain.
Mummy ambil gambar hasil Yusoff je. Yang lain mummy lupa nak ambil time ni.
Kuning hasil Qisya. Hitam tu hasil Adam.
Yang ni hasil Aisyah.
Simpan sini buat kenangan.
Simpan sini buat kenangan.
7pm kitorang gerak balik. Memasing happy bawa balik hasil art memasing. Malam ada persembahan macam-macam di tapak event tapi kitorang tak boleh stay. Plan nak celebrate birthday Adam tak boleh tangguh.
Comments