Pertandingan Mewarna Sempena Hari Buaya Sedunia 2025 (3/6/2025)

 Assalamualaikum. 

Seperti biasa mak memang rajin daftarkan anak pertandingan mewarna. Lebih lagi jika anjuran Perpustakaan Awam Pasir Gudang dan Majlis Bandaraya Pasir Gudang. Anak-anak mummy bukan lah hebat mewarna pun. Skill ala kadar je. Kita isi masa lapang cuti sekolah dan cuba luck. Hihi. Kot lah hasil mewarna diorang memikat hati juri kan.

Mummy daftarkan:

Aisyah (Kategori 10-12 tahun)
Qisya (Kategori 7-9 tahun)
Yusoff (Kategori 4-6 tahun)

Hasil Yusoff. 

Hasil Aisyah. Qisya punya hasil mummy lupa nak ambil gambar masa tu. 

Awal pagi. Diorang ni kan layan je permintaan mak bila disuruh join any activities. Terima kasih anak-anak mummy.  

Dah nak start. 

Nak daftarkan Adam tapi bawah umur tak dibenarkan. Jadi minta penganjur coloring sheet je buat suka-suka. Adam ni bila abang dapat, dia mesti nak juga. 

Acah-acah sangat budak ni. 

Terima kasih Adam behave sementara tunggu kakak abang siap mewarna. Panas cuaca time ni. Berpeluh tak selesa. 

Dalam 10minit diorang start mewarna, mummy dan Adam keluar dari kawasan sini pergi ambil nasi ambang. Ada order nasi ambang dari sorang seller ni. Plan nya sebelum ke Sarang Buaya ni nak singgah pickup. Tapi terlewat gerak dari rumah pagi tu. 

Pickup nasi ambang perjalan dalam setengah jam pergi balik. Lepastu makan nasi ambang. Lepastu baru cari anak-anak mewarna semula. Masa mummy sampai Yusoff dah nak siap. Cuma dia dah penat nak complete kan. Tapi mummy push juga soh touchup apa yang patut. Dia mendengar kata juga lah. Kakak-kakarti biasa usaha sendiri. Mummy memang takde bakat mewarna langsung. Bebel bebel bagi arahan boleh lah. Hihi. Ampun kan mummy. 

Diorang semua seperti biasa akan hantar awal dari orang lain. Siap awal gitu. Lepastu kitorang jalan-jalan dalam Sarang Buaya tu sementara nak tunggu keputusan. Sarang Buaya ni takde apa yang menarik. Tak berbaloi untuk bayar tiket RM10. Not recommended. 

Dah habis pusing-pusing situ tibalah masanya waktu pengumuman keputusan. Mummy cakap dekat anak-anak. Korang nak tunggu ke? Korang jangan mengharap sangat. Mummy rasa macam takde harapan. Haha mak nya pun kan. 

Keputusan kategori 4-6 tahun dulu. Kita takde lah fokus sangat. Time ni nak hujan tau. Hp pun mummy tak pegang dalam beg isi barang2 mewarna diorang. Tetiba nama Yusoff Zayne Zahrin disebut. Mummy sambil duduk suruh Yusoff bangun. Terpinga-pinga dia. Orang kat pentas tu pun macam tak percaya betul ke tu tuan punya badan. Sebab tetiba Yusoff naik pentas sorang-sorang. Haha. Mummy malas nak bangun. Hp pun takde kat tangan. Malas nak kelam kabut. 

Lepastu adik bila nampak abang dapat hadiah, dia menangis nak hadiah juga. Laaaaaaaaahai. Haha. Meraung dia. Disebabkan nak hujan, mummy cakap Aisyah Qisya tunggu sekejap, mummy bawa Yusoff Adam dan barang-barang ke kereta. Risau hujan kesian adik-adik nanti. Perjalanan dari Sarang Buaya ke parking kereta agak jauh.

Adik-adik dah selamat dalam kereta, mummy patah balik ke dalam. Masani kategori 7-9 tahun dah selesai umum. Qisya bagitahu dia tak menang. Mummy cakap it's ok. Next time cuba lagi ye. Sambil tu mummy ajak Aisyah Qisya balik. Takyah tunggu pengumuman kategori Aisyah. Satu sebab nak hujan. Satu lagi takyah berharap. Kitorang dalam keadaan antara nak gerak, tak nak gerak tu, nama Aisyah Safiyyah Azzahra pulak disebut. Hahahahahahaha. Kelakar rasa. Rezeki Allah bagi. Pun sama tak ambil gambar kat pentas. 

Rezeki Aisyah. Top 10. 

Abang suka sangat dapat hadiah. Top 7. 

Kiri hadiah Yusoff. Kanan hadiah Aisyah. 

Tahniah Aisyah Qisya Yusoff. Next time cuba lagi ye. 


Comments

Popular posts from this blog

Aisyah 1st Birthday Party

Macam mana nak main game kat Google?

Sambutan Hari Kanak-Kanak (Tema Cerita Rakyat)