Assalamualaikum.
Harini mummy attend mesyuarat PIBG dan Hari Anugerah Kecemerlangan sekolah agama Aisyah Qisya. Aisyah dapat beberapa anugerah. Qisya walaupun tak dapat any anugerah di sekolah, mummy tetap bangga dengan pencapaian Qisya tahun lepas.
 |
Tidur ke tu? Masa ni baru nak daftar kehadiran.
|
Sehari sebelum majlis ni, ada raptai. Aisyah tak pergi raptai sebab mummy ada urusan lain. Ada kawan mummy maklumkan yang Aisyah terima Anugerah Pelajar Terbaik Darjah 5. Tapi mummy tak percaya sebab surat jemputan 2 sahaja (No Satu dan 9A UPKK).
Pada hari kejadian, mummy selak-selak buku program. Ternampak list ni.
 |
Bangga betul ada nama anak kat sini. Alhamdulillah rezeki Aisyah. We did it! |
 |
Peneman mummy harini. Terima kasih Qisya. Muka mummy sembab sebab bila nampak list atas tu, terus menangis. Sebak betul. |
 |
Sementara nak tunggu majlis start, asal teringat pasal anugerah tu, menangis lagi. |
 |
Masa ni tengah mesyuarat. Kita pendengar je. Angguk-angguk geleng-geleng. Sambil study subjek tauhid dengan qisya. Esoknya Qisya ada exam.
Mesyuarat dah habis. Sementara nak tunggu majlis kecemerlangan, mummy beli bunga untuk Aisyah Qisya. Lepastu surprise kan Aisyah dan ambil gambar. Layan gambar bawah ni. |
Bila turn anak nak naik pentas, mummy cepat-cepat cari spot depan pentas. Senang nak ambil gambar/video.
 |
Hai Aisyah. |
 |
Dia nampak mummy. |
 |
Nombor satu darjah 5 bilik 10. |
Anugerah 9A UPKK.
 |
Pelajar Terbaik Darjah 5.
|
 |
Mummy turut berbangga. Sebab mummy guru tuisyen nya (UPKK dan SAKNJ). |
 |
Dari Aisyah untuk mummy. Terima kasih. |
 |
Aihhhh. Jarang lah bertuah kalau ada lucky draw. Rezeki harini. Alhamdulillah. Tuah 182. Hihi. |
Alhamdulillah, untuk pencapaian akademik 2024 Aisyah & Qisya Tahniah anak-anak mummy. Terima kasih Allah.
 |
Result Aisyah |
 |
Result Qisya.
|
Semoga Allah rezekikan Aisyah Qisya Yusoff kecemerlangan 2025.
Comments