Posts

Pakaian Beragam Peringkat Sekolah

Image
Assalamualaikum. 24 August 2023. Pertandingan Pakaian Beragam peringkat sekolah. Qisya request nak princess. Mummy suka design dan DIY tapi bajet dan less/no sew. Costume kalini bahagian skirt no sew, hanya ikat-ikat je. Headpiece dari kertas A4 putih dan bunga-bunga. Bunga campur-campur beli di Romantika (RM5). Kain satin biru merah dan kuning. Inner putih sedia ada. Modal +- RM30.  Sepanjang menyiapkan baju ni, Qisya tak sihat. Risau mummy. Alhamdulillah di hari kejadian, Qisya dah ok sikit dan dia nak pakai. Terima kasih QIsya sudi pakai baju yang mummy hasilkan. Walaupun hasilnya biasa-biasa je berbanding baju orang lain. Qisya hanya mendapat saguhati sahaja. Tahniah Qisya sebab berani naik pentas. Next time kena belajar buat persembahan sikit. Bukan jalan atas pentas je. Gambar dan video dari guru kelas Qisya. Terima kasih Cikgu Nazirah. 👇👇👇 Qisya dan kawan-kawan. Qisya di pentas.

Jalan-Jalan Merdeka anjuran IKRAM Junior

Image
Assalamualaikum. 23 August 2023. Jalan-Jalan Merdeka di Adda Height Park. Mummy daftarkan Aisyah dan Qisya. Tapi Qisya masani tak sihat. So mummy bawa Aisyah dan Yusoff sahaja. Yusoff tu mummy bawa sebab dia dah bangun masa kitorang nak pergi. Wajib lah bawa. Antara aktiviti nya dalah seperti: Soal jawab dengan orang awam berkaitan Malaysia. Kuiz Merdeka. Permainan Tradisional. Aktiviti pertama. Soal jawab dengan orang awam berkaitan Malaysia dan kemerdekaan. Ada 10 soalan tak silap. Mummy letih handle budak sorang ni. Dia nak dokong. Second interview dengan orang awam. Pemandangan cantik. Ada tasik.  Aisyah di Stesen Kuiz Merdeka. Setiap satu soalan betul dapat RM1.  

Dam Challenge

Image
Assalamualaikum. 12 August 2023. Dam Challenge di Lotus Eco Tropics.  Bertiga sahaja kami 💖. Saguhati. Tak menang. Haha. Dapat voucher Lotus RM10 Voucher yang dapat tu diorang beli art supplies.  

Yusoff's Activity 5 August 2023

Image
Assalamualaikum. 5 August 2023. Find the letter Y. Colorful beads. Shape sorting. Color sorting.  

ONEderful Adam

Image
Assalamualaikum. 20 July 2023. Mummy decide nak celebrate birthday Adam. Date sebenar birthday Adam adalah 15 May. Walaupun dah 2 bulan berlalu, tetaplah nak raikan. Nak buat kenangan dan gambar. Barang2 deco mummy dah beli lama dah. Before birthday Adam lagi. Cuma tu la kerajinan tak sampai awal. Bila rasa nak buat tu, terus cekalkan hati buat. Majlis ni tanpa tetamu luar. Hanya ahli keluarga kecil kami 6 beranak. Haha. Preparation dari pagi. Tengah malam baru setel deco dan tiup lilin. Seram kan. Begitulah. Semua kerja nak buat sendiri. Setup tempat kita, tiup belon kita, hias kek kita, potong2 buah kita, siapkan anak kita. Tu yang siapnya tengah malam. Sebenarnya yang lama nya deco belon dalam 4, 5 jam macam tu. Takpelah yang penting puashati dengan hasilnya walaupun tak seberapa. Masa dah hujung2 preparation, tiba-tiba Aisyah demam pulak. Dia tak larat nak bergambar. Tapi mummy paksa bergambar sekejap. Nanti gambar anak tak cukup 4. Tak syok lah. Dah lah mummy dah penat bertungkus ...