Pertandingan Mewarna anjuran Toyota Plentong (16/8/2025)

Assalamualaikum. 

Harini mummy hantar anak-anak ke pertandingan mewarna di Plentong. 


Semangat memasing nak mewarna. 


Love. 


Terpaling masuk pertandingan. Padahal tak daftar nama dia. 


Adam. Warna sikit, tanya cantik kan mummy adam kaler. Bukan slow-slow suara dia. Haha. Harap tak mengganggu konsentrasi peserta lain. 


Yusoff paling excited. 


Sayang abang.


Bendera negara mana tu Adam? Perempuan tu dah macam wonder woman dah tangan pink. 


Fokus memasing. Masa 1 jam sahaja.


Adam cakap tak nak warnakan awan sebab awan putih. Haha. 


Terpaling pertandingan mewarna group ni. Haha. Masa sejam, gambar agak complex. Kelam kabut memasing. Dengan mummy turut kelam kabut. Bukan tolong mewarna. Tolong bebel, tolong pilihkan color dan tolong bagi semangat. 

Yeah Adam dapat saguhati@goodies. 


Suka Adam dapat hadiah. 

Aisyah top 10. Kata penganjur top 10 tiada nombor kedudukan. 

Qisya pun top 10. 

Dan Yusoff pun top 10. Alhamdulillah rezeki anak-anak mummy.


Terima kasih Toyota Plentong untuk kenangan harini. 


3 hamper. 


Yusoff pulang dengan bangga hihi. Dia antara yang termuda dalam top 10 tu. 

Selesai di Toyota Plentong, kitorang balik kampung atok mummy di Muar. Ziarah atok milah. Kat sana ayah mama dan adik mummy dah menanti kitorang. Anak-anak tak sabar nak sampai kampung sebab nak jumpa sepupu dan main. Alhamdulillah atok masih hidup dan sihat cuma kaki tak kuat nak jalan dan mata tak berapa nampak. Semoga Allah panjangkan usia atok milah. 

Sampai kampung dalam 3.30pm - makan - borak-borak dan jam 6.30 kitorang balik rumah ayah mama di Simpang Renggam. Dalam perjalanan balik, singgah Mr. DIY sebab ayah nak cari bendera. Hihi. Lepastu singgah eco-shop bawa cucu-cucu beli toys. Lepastu berhenti makan malam sebelum sampai rumah. 

Esok paginya kitorang pergi breakfast bersama-sama di Din Roti Canai (kedai legend favorite adik mummy). Lepastu singgah padar Pak Bakar beli lauk untuk masak tengahari. 


Ni gambar sebelum balik rumah masing-masing. Ni last trip baru teringat nak ambil gambar. Cucu 7 orang, 3 trip atok memusing kampung. Hihi. 

Kitorang gerak balik dalam pukul 6 lebih macamtu. Lepastu tempuh jem haha.
8.45pm baru sampai Pasir Gudang. Singgah Ten Ten Masai untuk tukar vest Aisyah beli salah saiz. 
Lepastu bawa anak-anak ke Jalan-Jalan Japan di Kipmall. 
Dan last sekali singgah makan sebelum sampai rumah. 


Dah siap makan. Masani snap gambar ni sebab nak hantar laporan ke nenek. Hihi. 

Alhamdulillah untuk rezeki pada semalam dan harini dapat jumpa atok, ayah dan mama. Dapat jumpa adik sekeluarga. 


Comments

Popular posts from this blog

Aisyah 1st Birthday Party

Macam mana nak main game kat Google?