Posts

Macam mana nak main game kat Google?

Image
Assalamualaikum Macam mana nak main game kat Google? Hamek ko. Gitu jawapan suami bagi. Tapi at last dia beritahu jugak la. Hihi Sebenarnya tengah buntu. Bila tengok kawan main game pe benda ntah teringin pulak nak main. Search punya search jumpa Google Play. Bila install, dia install kat device pulak. Tanjat gegirl. Memang ngongek jugak lah kadang-kadang. Susah kalau bergantung sangat dengan suami. Kena bahan dulu baru dia tolong. Hihi. Bagi sesiapa yang tiba-tiba buntu juga macam Bella dan nak main game kat Google tapi tak tahu macam mana. Ini link nya. Install lah game yang anda suka, dan main... https://chrome.google.com/webstore/category/apps Ni pulak pasal Focus Point. Suami beli cermin mata baru Ahad hari tu tapi belum dapat. Dia kata dalam 3 hari. So Bella harap-harap hari ni lah siap. Dapat pergi jalan. Satu lagi sebab nak cari kasut.  Nampak tak Bella komen yeah!  kat atas tu? Itu menunjukkan suka betul. Jap lagi.................. v v v v v v v v v ...

Weekend With Family 1

Image
Assalamualaikum Bila buat coding dan asyik keluar error, dan kita tak tahu errornya di mana, itu akan membuat kan kita rasa geram. Bila geram mula lah nak jengah FB, nak jenguk blog. Kebetulan bawa cable aipong. Dapatlah update blog dengan entri bergambar. Hihi. Minggu lepas kan Bella attend kursus ISO. Kursus tu habis awal jadi dapatlah meluangkan masa bersama keluarga kecil Bella. Suami dan anak. Lepas suami ambil Bella kat UTM, kitorang pergi makan pisang goreng Taman U, pastu pergi U Mall, Skudai. Sebab ada benda yang Bella nak cari.  Selain tu suami ajak tengok wayang. Tapi tak tahu movie apa nak tengok. Sebab banyak juga movie yang kitorang nak tengok. Hunger Games, Frozen dan The Hobbit. So sampai-sampai suami terus naik atas beli tiket. Dia call beritahu yang ada cuma Frozen dengan The Hobbit. Bella pilih Frozen sebab boleh Aisyah tengok sekali. Hihi. Oklah, layan gambar ye. Aisyah bosan giler agaknya bila mummy asyik bergambar.  Ha ...

ISO 9001:2008 QUALITY MANAGEMENT SYSTEM REQUIREMENT

Image
  Assalamualaikum Hai selamat pagi semua.  14 dan 15 December lepas Bella dan rakan-rakan attend kursus ISO. Kursus ni wajib dihadiri sebelum grad. Ada 5 kursus yang wajib. ISO, OSHE, How To Manage Your Personal Finance, TECS dan How To Get Yourself Employed. So far Bella baru ambil satu kursus. Hujung minggu ni baru nak attend kursus kedua iaitu OSHE. OSHE ni sebutannya OSH tau. Hihi. ISO 9001:2008   Ok Bella nak ceritakan pengalaman ambil kelas ISO tempoh hari. Alhamdulillah, seronok kelas dengan fasi Mrs Noraziah Sharuddin. Bella recommend sangat korang yang nak ambil kursus ISO, ambil dengan dia. Cara dia terangkan best, kurang mengantuk (kalau dia tengok ramai mengantuk, dia akan buat case study), banyak bercerita dan beri contoh (memandangkan dia pelopor ISO di UTM) membuatkan kita yang zero ISO ni boleh faham ISO (sikit-sikit takdelah sampai jadi master ISO). Satu lagi part paling seronok dia tanya kita nak balik pukul berapa. Ofko...

Movie Marathon: Insidious and Insidious 2

Image
Assalamualaikum Petang semalam dalam kereta otw balik rumah dari ofis, suami beritahu dia ada download 2 movies. Dia ajak tengok malam nya. Insidious dan Insidious 2. Rasa excited juga nak tengok sebab mase movie ni baru keluar, kawan-kawan FB ramai yang komen best. Lepas tengok kedua-dua movie ni memang ternyata best.  Sepanjang tengok movie tu, memang tutup muka dengan bantal la. Sebab takut terkejut. Tak dapat bantal, tutup mata guna jari. Haha lawak. Suami kata kalau takut tak payah tengok. Boleh gitu.  Lebih kurang gini lah gaya Bella tapi ni terlalu ayu gayanya. Sumber: Google Bella tutup terus bantal tu kat muka Sumber: Google Aisyah paling kesian sebab asyik kena marah dengan mummy: 1. Aisyah tak tahu duduk diam. Mummy ni dalah takut seram tengok cerita tu.  Mana nak catch up dia, mana nak pegang bantal, mana nak tutup mata. 2. Aisyah asyik menjerit. Jerit suka-suka dan tiba-tiba, bukan sebab dia takut tengok cerita tu. H...

Perubahan Selepas Berkahwin

Image
Assalamualaikum Banyak perubahan yang akan berlaku selepas berkahwin. Tak kira ke atas lelaki atau perempuan.  Setuju? Ok, Bella setuju sangat. Ini antara perubahan-perubahan yang berlaku ke atas kebanyakan orang: 1. Sikap 2. Penampilan 3. Makanan 4. Movie 5. Lagu 6. Masa 7. Kepakaran 8. Politik 9. Saiz badan Bella akan cuba huraikan mengikut pengalaman dan keadaan Bella. Sekadar perkongsian ye.  1. Sikap Sebelum berkahwin, Bella ni jenis yang asyik moody jek. Kesian mama ayah dan family kena melayan kerenah Bella. Tapi Alhamdulillah selepas berkahwin lebih matang dan penyabar. Eh yeke? Yela kot. Kakak no 2 perasan perubahan tu. Sumber: Google 2. Penampilan Tak banyak beza sebelum dan selepas kahwin. Tapi sebelum beli baju ke kasut ke biasanya akan tanya suami dulu. Ok ke tak. Lawa ke tak. Dulu dia macam tak pandai nak bagi komen. Tapi Alhamdulillah sekarang ni boleh lah bagi komen sikit. Tapi jawapan dia pendek gini jek....

Minta Tolong Semua (Si Cantik dan Si Hensem)

Image
Assalamualaikum Hai semua. Ceh macam poyo je ayat. Nak minta tolong sebenarnya. Tolong apa? Tolong follow blog darihatibella.blogspot.com. Blog yang korang tengah baca sekarang ni lah. Please. Tengok follower kita baru 3 orang :( Kesian... Macam mana nak follow? Caranya: 1. Cari 'Followers' kat belah kanan blog ni. Ha benda alah ni lah. 2. Klik button biru yang ada tulis Join this site (rujuk gambar rajah di atas yang ada tanda bulat dan anak panah) 3. Akan keluar page seperti di bawah. 4. Klik button Follow this blog (rujuk gambar rajah di atas yang ada tanda bulat dan anak panah) 5. Anda sudah selesai melaksanakan tanggungjawab yang Bella berikan kepada anda. 6. Terima kasih sangat-sangat diucapkan. 7. Ok itu saja. Eh tak cukup? Nak step lagi? 8. Invite kawan-kawan korang. Lagi ramai lagi bagus. 9. Klik Nuffnang Ads kat belah kanan blog ni. 10. Ok. Terima kasih semua. 11. Jasamu dikenang. Kalau belum sc...

Cotton Candy Maker and Making

Image
Assalamualaikum Hihi sebenarnye dah lama curious macam mana cotton candy dihasilkan. Bila google rupanya tersangat lah simple. Tapi kenapa penjual jual mahal sangat? Hihi. Mula-mula tadi tengok youtube, nampak diorang tuang serbuk kat tengah-tengah mesin tu. Tak tahu lah kat mana ada jual serbuk tu. Nak hasilkan cotton candy anda hanya perlukan kain cotton + candy. Eh bukan. Anda hanya perlukan serbuk apa entah + cotton candy maker. Simple giler kan. Ha kalau tengok gambar ni, serbuk tu akan dituang kat tengah-tengah yang warna hitam tu. Ha gitu. Pastu tunggulah sampai dia keluar kapas-kapas. Pastu ambik stick untuk kaut kapas tu. Inilah cotton candy bagi mereka yang tak tahu. Atau Bella panggil gula-gula kapas. Sumber: Google Image Cotton Candy Maker. Sumber: Google Image Boleh refer blog orang ni (nurulism.com) Bagaimana untuk menghasilkan gula-gula kapas? Gila senang. Dia just gunakan gula pasir biasa tu. Again. Giler senang kan? Ataupun kalau tak puas de...