Wedding Sepupu dan Pertandingan Mewarna Pesta Buku Pasir Gudang 2025

 Assalamualaikum.

3/5/2025.

Pagi dimulai dengan pertandingan mewarna sempena Pesta Buku Pasir Gudang 2025. 

First time Yusoff join pertandingan mewarna. Kategori 4-6 tahun. 

Qisya kategori 7-9 tahun. 

Menunggu waktu mula.

Nasib baik dapat duduk sebelah-sebelah. Qisya tolong bagi semangat kat Yusoff. Dah half time, Yusoff cakap penat. Dia macam refuse nak habiskan warna. Mummy dan qisya pujuk-pujuk. Alhamdulillah Yusoff warnakan sampai habis. Penuh page. 

Hasil mewarna Yusoff.

Hasil mewarna Qisya.

Qisya Yusoff siap mewarna awal. Nak tunggu keputusan lambat lagi dalam 2 jam macam tu. Pada hari yang sama ada majlis kahwin sepupu mummy juga. Mummy decide untuk balik terus tanpa tunggu keputusan. Balik rumah, tukar baju untuk ke wedding dan gerak ke Muar. 3 jam oiiii perjalanan. Haha. 

Sebelum balik tu mummy pesan kawan mummy minta dengar-dengar kan nama Qisya dan Yusoff masa keputusan nanti. Kot kot lah ada rezeki diorang.

Here we go!

Driver.




















Keesokan harinya, turn Aisyah pulak untuk kategori 10-12 tahun. 

Ready.

Gigih Aisyah siapkan mewarna. 

Hasil mewarna Aisyah.

Lepas Aisyah dah siap mewarna, kitorang jalan-jalan di Pesta Buku. Kebetulan masa Aisyah tengah mewarna, mummy dapat jawab kuiz. Hadiahnya voucher buku RM20.Masa pendaftaran pagi tu dapat voucher makan RM10 seorang. Jadi pusing-pusing situ untuk beli buku dan makanan. Aisyah beli buku Teroka Sains. 

Ingat tak mummy ada cerita kat atas yang mummy pesan kawan mummy untuk dengar kan nama Qisya Yusoff. Dia bagitahu yang nama Qisya dan Yusoff ada disebut. Alhamdulillah rezeki. Jadi masa Aisyah mewarna tu, mummy ambil hadiah Qisya dan Yusoff. Aisyah takde rezeki menang untuk pertandingan mewarna kalini. 

Yusoff Top 7 (Kategori 4-6 tahun).

Qisya Top 7 (Kategori 7-9 tahun).

Mummy belikan Adam buku ni sebagai hadiah. Sebab mummy balik bawa hadiah untuk Yusoff dan Qisya. Nanti kalau tak abwa apa-apa untuk Adam, mesti dia sedih kan. 

Tahniah anak-anak mummy. Walaupun Aisyah tak menang tapi Aisyah pun mummy beri hadiah. 

Comments

Popular posts from this blog

Aisyah 1st Birthday Party

Macam mana nak main game kat Google?

Sambutan Hari Kanak-Kanak (Tema Cerita Rakyat)