Harini kitorang join fun run di Sireh Park. Apa kejadah lah daftar larian ni. Menyesal. Hahaha. Tu di awal larian lah. Tapi bila dah complete, rasa happy dan lega dan nak join lagi akan datang. Hahaha. Seronok je cuma nak menghabiskan tu kussssemangat.
Boleh pilih track biasa atau jalan dalam hutan. Mummy pilih jalan dalam hutan. Ala-ala hiking. Azab ye sebab jalan nya berbukit. Tahniah.
Selamat pagi. Nyaman
Kitorang semua kena scam. Setiap checkpoint dikatakan 'sikit lagi, sikit lagi'. Tapi tak sampai-sampai pun.
Ada cafe di tengah hutan.
Memasing baru sihat dari chicken pox.
Hampir sampai ke penamat. Yeah!
Ajak jom. Lepastu dia mengejar Qisya. Gelabah kitorang. Nasib baik tiada apa berlaku.
Tamat dengan selamat.
Yeah dah dapat sijil.
Selepas lari, mummy check kesihatan.
Sementara tunggu mummy checkup, Aisyah Qisya diberi aktiviti.
Support bisnes OKU. Diy keychain menggunakan getah rambut.
Diorang seronok ngadap aktiviti gini.
Cantik.
Cantik.
Interior.
Lepas dah segar, dalam kereta diorang tidur. Mummy decide bawa Aisyah Qisya pergi Aeon Dato Onn untuk makan dan jalan-jalan.
Bila datang sini, wajib singgah Oh Some ni. Layan kan Aisyah Qisya.
Assalamualaikum. Harini mummy hantar anak-anak pertandingan mewarna. Pagi pertandingan mewarna di Angsana Mall sempena Karnival Asas Tani. (Yusoff dan Qisya). Petang pertandingan mewarna di Genting Indahpura sempena merdeka. (Aisyah dan Qisya). Angsana Mall. Yusoff seperti biasa sentiasa excited kalau nak mewarna. Mood baik. Mummy tak boleh dekat sebab buat di atas pentas. Biasanya mummy tolong buka kan warna, tolong bagi semangat dan tolong kecoh soh cepat cepat. Sebab kadang-kadang diorang ni termenung. Sementara tunggu Yusoff dan Qisya siap mewarna, bawa Aisyah ke Marrybrown untuk dia siapkan tugasan PSV dia. Sambil makan-makan. Lepas Yusoff Qisya siap mewarna, mummy angkut alatan mewarna semua ke kereta sementara nak tunggu keputusan. Anak-anak di Marrybrown. Dahlah banyak barang, meja dan beg mewarna. Sekali keluar ke area parking, tak jumpa kereta. Haha. Masuk balik fikir semula. Masa masuk semula ke mall, dengar orang pentas bagitahu suruh scan QR un...
Assalamualaikum Salam Maulidur Rasul semua! Genaplah setahun Aisyah Safiyyah Azzahra lahir ke dunia. 12 Rabiul Awal | 3:36 PM Alhamdulillah Ya Allah kerana Kau telah memgurniakan anugerah terindah buat aku dan suami. Sepanjang setahun berkenalan dengan Aisyah ni, adalah beberapa sifat dan habit dia yang Bella nampak. 11 Sifat dan Habit Aisyah Safiyyah Azzahra: 1. Penyabar. Sangat! 2. Tak banyak ragam. 3. Jarang menangis/merengek. 4. Sebelum tidur akan gonyoh muka/mata guna tangan. 5. Kalau mengempeng, akan tarik rambut sendiri. Mummy yang seriau tengok kot-kot rambut gugur. Hihi 6. Time makan, kalau nak suruh mummy stop suap, akan buat muka dan tak nak buka mulut. Sekarang ni macam dah pandai wave tangan untuk cakap tak nak. Tak tahu lah kebetulan ke apa. 7. Time nak tidurkan dia, ngempeng kan dan kalau dia lepas kan puting dan terus ngiring kan badan ke sebelah, maknanya dia akan tidur. Kalau tak, dia memang belum nak tidur. 8. Minum air masak sel...
Comments