Assalamualaikum.

24 Januari 2025 Birthday Aisyah!!!

Pagi hari dimulai dengan pertandingan mewarna di ladang kuda sebelah rumah anjuran Hospital Penawar. Pagi tu mummy hantar Aisyah dan Qisya ke sana. Lepastu mummy busy deco untuk birthday Aisyah. Simple simple je. Sampai lah tengahari nak pergi ambil diorang tapi tangguh tangguh seba tak pasti diorang dah selesai ke belum. Sampai lah tetiba bunyi loceng rumah. Rupanya anak sendiri. Diorang balik jalan kaki. Mengangkut hamper besar dan alatan mewarna diorang beg besar. Ala sian. Hahaha. 

Pertandingan mewarna ni Qisya je menang. Tempat kedua. 

Hadiah wang tunai RM60 dan hamper bernilai RM20. 




Lepastu petang dalam pukul 3 kitorang keluar ke BSN keluarkan duit Bantuan Awal Persekolahan tahun 2024 punya. 



Lepastu ke JPN pulak buat IC Aisyah. Budak 12 tahun tu tak sabar betul nak buat IC. Kebetulan cuti sekolah. Masa tu ada. Hantar terus. Happy dia. 




Balik dari urusan bank dan JPN, sambung siapkan deco untuk Aisyah. Simple je tapi lama betul tak siap-siap. Hahaha. 

Kek untuk Aisyah. Alhamdulillah dia suka sangat. 


Hadiah untuk Aisyah.








Adik-adik pun wajib dapat juga hadiah sorang satu.

Dan sempena pencapaian akademik Aisyah dan Qisya tahun 2024. Mummy sangat berbangga dan berpuashati. Tahniah anak-anak mummy. Diorang ni suka piala. Jadi mummy bagi piala sorang satu. Hihi. 





Comments

Popular posts from this blog

Aisyah 1st Birthday Party

Macam mana nak main game kat Google?

Aisyah Safiyyah Azzahra