Posts

Showing posts from 2025

Hari Raya AidilAdha (6-7/6/2025)

Image
 Assalamualaikum.  Raya kalini mummy beraya di rumah parents mummy. Dapat makan lauk raya best nya. Alhamdulillah. Mak ayah mummy pun sihat. Adik beradik semua sihat dapat berkumpul. Syukur sangat. Adik mummy dan family tak bersama di sini. Diorang raya Kedah.  Dikesempatan ini juga, kitorang celebrate birthday ayah yang ke 64 (20/5/1961). Tarikh birthday ayah tu, ayah holiday ke Surabaya.  Love.  Happy Birthday Ayah.  Kesian birthday boy kena makan serbuk koko pahit. Haha. Masani Adam dan Qisya tidur. Ada 2 ketul ni je yang memeriahkan suasana.  Malam raya kita berborak-borak. Kuaci lupa beli. Hihi. Bestnya.  Pagi raya kita bergambar sekejap sebelum tukar baju nak tengok lembu. Masa ni Adam baru nak susu. Dapat bergambar dengan kakak-kakak dan abang je.  Lepastu diorang masuk, Adam pulak keluar.  Sambung bergambar dengan anak bongsu mummy. Rajin dia layan mummy. Mood dia baik pulak pagi tu. Dah puas bergambar, mummy tukar baju nak pergi...

Pertandingan Mewarna Sempena Hari Buaya Sedunia 2025 (3/6/2025)

Image
 Assalamualaikum.  Seperti biasa mak memang rajin daftarkan anak pertandingan mewarna. Lebih lagi jika anjuran Perpustakaan Awam Pasir Gudang dan Majlis Bandaraya Pasir Gudang. Anak-anak mummy bukan lah hebat mewarna pun. Skill ala kadar je. Kita isi masa lapang cuti sekolah dan cuba luck. Hihi. Kot lah hasil mewarna diorang memikat hati juri kan. Mummy daftarkan: Aisyah (Kategori 10-12 tahun) Qisya (Kategori 7-9 tahun) Yusoff (Kategori 4-6 tahun) Hasil Yusoff.  Hasil Aisyah. Qisya punya hasil mummy lupa nak ambil gambar masa tu.  Awal pagi. Diorang ni kan layan je permintaan mak bila disuruh join any activities. Terima kasih anak-anak mummy.   Dah nak start.  Nak daftarkan Adam tapi bawah umur tak dibenarkan. Jadi minta penganjur coloring sheet je buat suka-suka. Adam ni bila abang dapat, dia mesti nak juga.  Acah-acah sangat budak ni.  Terima kasih Adam behave sementara tunggu kakak abang siap mewarna. Panas cuaca time ni. Berpeluh tak sele...

Ejen Ali dan Lotus Desaru Beach Resort 28-30/5/2025

Image
 Assalamualaikum. 28/5 Tengok Wayang Ejen Ali. Tengok wayang di favorite cinema kitorang GSC Aeon Dato Onn. Seperti biasa kitorang pilih Play+ hall. Baru tengok sebab awal-awal keluar haritu, Aisyah Qisya exam.  Sebelum ke Aeon, kita makan mamak dulu. Roti canai dan nasi lemak sini best. Anak #1. Mak nya. Memasing excited nak tengok Ejen Ali. Makan sushi time ni. Lepastu bagi diorang relax relax main playdoh. Tenang sekejap. Ada nampak makhluk putih kat gambar ni? Mummy menunggu anak-anak shopping. Kita dah tua ni takde lah nak memilih barang gini. Beli online je senang tak penat kaki. __________________________________________________________________________________ 29-30/5 Short escape di Lotus Desaru Beach Resort & Spa. Aisyah dan Qisya request nak ke sini sebab nak main waterpark sini ada slide. Jadi mummy pilih date ni sebab tak nak ramai orang. Sekali silap jangkaan. Ada polis buat family dan ada group lain buat gathering juga. Raaaaaamai hahaha.  Menunggu air k...