Pertandingan Mewarna sempena Karnival Asas Tani Johor dan Genting Indahpura (24/8/2025)

Assalamualaikum. Harini mummy hantar anak-anak pertandingan mewarna. Pagi pertandingan mewarna di Angsana Mall sempena Karnival Asas Tani. (Yusoff dan Qisya). Petang pertandingan mewarna di Genting Indahpura sempena merdeka. (Aisyah dan Qisya). Angsana Mall. Yusoff seperti biasa sentiasa excited kalau nak mewarna. Mood baik. Mummy tak boleh dekat sebab buat di atas pentas. Biasanya mummy tolong buka kan warna, tolong bagi semangat dan tolong kecoh soh cepat cepat. Sebab kadang-kadang diorang ni termenung. Sementara tunggu Yusoff dan Qisya siap mewarna, bawa Aisyah ke Marrybrown untuk dia siapkan tugasan PSV dia. Sambil makan-makan. Lepas Yusoff Qisya siap mewarna, mummy angkut alatan mewarna semua ke kereta sementara nak tunggu keputusan. Anak-anak di Marrybrown. Dahlah banyak barang, meja dan beg mewarna. Sekali keluar ke area parking, tak jumpa kereta. Haha. Masuk balik fikir semula. Masa masuk semula ke mall, dengar orang pentas bagitahu suruh scan QR un...