Posts

Showing posts from August, 2013

Alkisah Baju Raya

Image
  Assalamualaikum Macam dah basi je kan nak cerita pasal baju raya. Hihi tapi nak cerita jugak.  Sebenarnya dari awal suami bagitau dia nak tema krim-krim gitu. Tapi bila pertama kali jalan-jalan untuk cari baju raya, dia tersuka baju melayu cotton kaler kelabu dan purple. Tapi Bella kata, kita jalan lah dulu survey-survey yang lain kot-kot ada lagi yang lebih baik (biasalah orang perempuan). Hihi. Sambil-sambil jalan tu Bella pun cuci mata baju Bella juga. Memang tak de kaler yang dia minat tu dengan pattern baju yang Bella minat. Kebanyakan nya shocing pink dan royal blue. Mungkin kaler kena, tapi pattern hanya kurung. Bella kurang minat dengan baju kurung. Jadi hari first jalan-jalan tu, kami tak beli apa-apa pun.  Selang beberapa hari, Bella sajalah bukak almari baju tu, selak-selak baju terjumpa jubah yang Bella tak pernah pakai keluar (try dalam rumah masa lepas beli jek). Bella beli time pregnant dulu tapi mujur saiz jubah tu 34. Mungkin masa tu perut belum besar sa

Mengisi Masa Lapang Dan Perut

Image
Assalamualaikum Selamat Hari Raya semua! Dah seminggu lebih tak update blog. Rindu nak menaip. Hari ini baru buka laptop. Update dari iPhone atau iPad kurang best sebab kecil dan susah nak upload gambar.  Lepas office hour tadi, ajak suami pergi jalan-jalan memandangkan dah lama tak buang masa bersama-sama. Seperti biasa Aeon Bukit Indah (Johor) menjadi pilihan kami untuk membuang masa kerana berdekatan dengan rumah dan sangat selesa (semua Aeon selesa sebab toilet bersih dan yang paling penting ada baby room).  Sebenarnya tak ada apa nak cerita sangat. Sebab bukan lah shopping apa pun. Jalan-jalan untuk mencari hadiah kahwin kawan dan hadiah new born anak kawan.  Layan gambar... Alhamdulillah, sudah sampai. Kat luar tersangat lah panas, masuk dalam dapat aircond, senyum lebar suami. Boring kena duduk dalam stroller. Minum petang di sini. Mummy dan daddy makan sedap, Aisyah makan toy saja. Aisyah's first time front-facing.

Seronoknya Bersederhana

Assalamualaikum "Jika mahu diri dihormati, anda perlu menghormati orang lain juga" Short update maybe... Raya tahun ini merupakan raya paling sederhana bagi Bella. Tak de baju baru, kasut baru, tudung baru. Semuanya guna yang dari Bella Collection yang lama-lama. Tapi seronok tau. Kebetulan semuanya ikut tema. Baju yang dibeli masa pregnant, tak pernah pakai lagi, kebetulan ikut tema yang husband request. Tudung, pakai apa yang ada dan kebetulan pernah beli halfmoon dulu tapi tak pernah pakai dan kebetulan warna pun mengikut tema. Kasut pula kebetulan lebih kurang dengan handbag. Kasut hadiah hantaran dulu. Jarang pakai so nampak baru dan masih selesa dipakai. Handbag je yang baru. Hihi. Gambar tunggu hari raya lah ye... Malas nak snap gambar. Puasa, tak larat. Hihi.  Itu sahaja entry untuk kali ini.  Nak balik kampung. Bye semua. Hati-hati di jalan raya ye. Bukan setakat jalan raya, di mana-mana sahaja lah anda berada. Terima kasih.

Shopping Barang Murah

Image
Assalamualaikum Dekat Danga City Mall (DCM), ada jualan raya Metrojaya + Reject Shop sampai 4 Ogos 2013. Best sangat. Ada handbag, pakaian baby, toys/permainan budak, cadar, baju lelaki, baju perempuan, perfumes dan lain-lain. Bella ke DCM adalah unuk membuang masa mencuci mata je. Tak tahu ada jualan raya kat tapak expo tu. So bila tau, terpaksa lah singgah jugak dan terpaksalah membazirkan duit suami untuk membeli barang yang murah. Perempuan dan membazir tak boleh dipisahkan.  Sejak ada Aisyah ni, barang dia jela yang Bella pandang. Handbag ke baju ke tak pandang dah. Hihi. So kat sini beli pakaian dan permainan Aisyah je. Seluar ada yang berharga RM15, stokin RM5 ada, RM9 pun ada. Baju macam-macam harga ada. Permainan kebanyakan dalam range harga RM15-RM50. Murah kan? Aisyah ni jarang dapat mainan sebenarnya. So bila harga murah, kaut banyak sikit. Hihi.  Total RM 98 Tips Menghabiskan Duit Di Expo/Jualan Murah: 1. Kena pandai memilih - Ada barang yang dah kot

Study, Berkahwin, Beranak???

Image
Assalamualaikum "Sucikan hati dengan zikir dan kalam Allah" -Ramadhan 23 Berkahwin, mengandung dan mempunyai anak ketika belajar bukanlah satu alasan tidak dapat menumpukan perhatian pada study. Ada beberapa kawan yang pernah minta pendapat berkaitan perkara ini. Mereka risaukan tentang pembahagian masa. Tapi jawapan yang Bella akan bagi selalunya positif walaupun Bella bukanlah bagus sangat dalam hal ini.  "Kak, ok ke kahwin masa belajar?" "Susah tak bila dah kahwin dan study?" "Bila dah kahwin, semangat study ada lagi ke?" Sebenarnya ok jek. Yang penting suami faham dan redha dengan apa yang kita buat.  Kalau ikutkan pengalaman Bella, Bella ni bukanlah bagus dan boleh dijadikan contoh sangat. Banyak juga yang tak betul dan tak sempurna. Tapi boleh lah bagi sikit tips, panduan dan pengajaran.   Berkahwin Bila dah berkahwin, automatik orang perempuan akan jadi suri rumah. Kerja-kerja suri rumah seperti basuh kain, s